Followers

ORDER FORM

MEMBERCARD'S NUMBER/APPLY
Name:
Email Address:
NO HANDPHONE
POSTAL ADDRESS
CODE ITEM(S)/QUANTITI/LENGHT/SIZE
PAYMENT METHOD
ACCEPT T&C YES
ACCEPT T&C

JIKA ANDA SENANG BERURUSAN DI WHATSAPP BOLEH SILA SAVE NO +60137646386. UNTUK PEMBELIAN DI WHATSAPP & JANGAN SENT BORANG PESANAN.

INI BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN BERLAKU DI BAHAGIAN ORDER & PEMBUKUSAN.

TERIMA KASIH


Create a web form here

TERMA & SYARAT

Terma & Syarat

SILA BACA & FAHAMI SEBELUM ORDER 
 1. Sila pastikan anda benar-benar yakin sebelum mengisi borang order. Kami hanya menyimpan selama 36jam selepas invois di hantar kepada anda. Memandangkan koleksi-koleksi ini sangat terhad & tiada stock ulangan di buat.
2. Semua urusan adalah melalui email sila check email anda dalam masa 24jam selepas menghantar borang pesanan.
 3.Semua item adalah baru tiada per-love item oleh yang demikian sebarang penukaran selepas penghantaran tidak dilayan kecuali bersebab.
  4. Warna mungkin akan berbeza dari yang anda lihat disebabkan cahaya monitor ataupun kemera.
 5.Semua item tidak termasuk harga cas penghantaran kecuali dinyatakan.
 6.Sila beritahu kami jika item tidak sampai dalam masa 5 hari jika tiada respon kami akan menganggap item sudah selamat sampai ke tangan anda. 
7. Kerosakan selepas penghantaran bukan dibawah tanggujawab kami kerana item telah di bungkus sebaik mungkin sebelum penghantaran. 
8. Sebarang soalan sila email ke order.kznabihah@gmail.com


Untuk pelanggan yang cerewet dan suka marah-marah , kami tidak menggalakkan anda beli dari kami bagi keselesaan bersama. Kerana risiko membeli online




PENUKARAN ITEM 

A- Penukaran item/barang hanya boleh dibuat jika barang anda:
- rosak (benang tercabut, jahitan tertetas, koyak)
- pihak kami tersalah pos barang.

B- Kami meletakkan saiz yang sesuai untuk baju & semua item di dalam blog kami. Sila pastikan anda mengukur ataupun pastikan badan anda adalah bersaiz demikian. Kerana kami tidak bertangungjawab diatas kesendatan, besar ataupun ketat bagi item anda. Sila ambil perhatian ye. Jika kurang pasti mengenai saiz boleh email kami dahulu untuk pendapat sebelum memilih saiz.

C- Jika ada yang kami tersalah pos apa yang perlu anda buat ialah dalam masa 5 hari. 
Jika anda hilangkan slip poslaju atau kelewatan anda mengepos kembali kepada kami. Pihak KZNABIHAH tidak akan menanggung sebarang pengeposan kembali kepada kami,sebarang ganti rugi & penafian mengenai item kerana kami akan menganggap anda tidak berminat membuat pertukaran.

D- Bagi kehilangan barang didalam parcel(kes terpencil) kami tidak akan bertangujawab sama sekali di atas kehilangan tersebut kerana kami telah membungkus item anda dengan teliti + triple check pengiraan sebelum penghantaran.
  

E- Warna setiap item mungkin berlainan walaupun di caption warna kami tulis sama. Ini kerana kain kami dapat terus daripada suplier bukan item kami di  ambil daripada mana-mana tempat. Kadangkala warna yang sampai minggu ini tak sama dengan yang sampai minggu lepas tetapi masih lagi hampir sama cuma tone berbeza SAHAJA. Oleh itu anda perlu ambil perhatian & jika mahukan kepastian boleh buat pertanyaan kepada kami sebelum membuat pembelian.

F- Warna item memang akan ada berbezaan kerana bergantung kepada screen monitor anda & editing daripada jurukemera kami. Jika kurang pasti boleh tanya kepada kami/ 

G- Bukti pembayaran anda perlulah dalam bentuk bergambar. Kami akan menangguh pengeposan item anda jika kerjasama anda untuk lampiran bukti payment tidak dibuat. Kerjasama penuh anda untuk lampiran bukti seperti kami minta sangat dihargai. 

H- Jika anda sangat cerewet kami tidak syorkan anda membuat pembelian memandangkan pembelian risiko untuk warna yang tidak seperti anda mahukan, design yang mungkin tak kene pada anda selepas sampai atau sebagainya.

I - Kami menerima penukaran item anda jika anda tersilap memilih saiz(SAHAJA). Tetapi penukaran hanya boleh di buat sekali sahaja serta tertakluk kepada saiz yg anda mahu buat pertukaran masih ada. Kami hanya menerima penukaran semula jika TAG baju tidak di tanggalkan, item sampai kepada kami tanpa ada bau,kotor,rosak serta sebagainya. Kos pengeposan kepada kami & pengeposan semula kepada pihak pembeli perlu di tanggung sepenuhnya oleh pihak pembeli(mengikut kadar cas harga kami beritahu semasa email penukaran ). Item anda juga perlu sampai kepada KZNABIHAH 5 hari bekerja selepas anda menerima item tersebut kegagalan sampai kepada kami dalam tempoh ini tiada penukaran akan di buat. 

Bukti Payment Maybank2u - Kenapa pentingnya bukti dan email untuk peniaga online


A- Oleh kerana kami menerima pembayaran yang kadang kala pada waktu lebih kurang sama cuma berbeza saat sahaja pada setiap hari bukti pembayaran dalam bentuk bergambar sangat diperlukan.

B- Kami sebagai penjual tidak tahu bila anda akan buat pembayaran oleh itu tanggujawab anda untuk menghantar bukti pembayaran dengan segera selepas pembayaran di buat. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan kelewatan pengeposan daripada pihak kami.

C- Bukti pembayaran penting bagi rekod kami , supaya tiada masalah berbangkit & urusan rekod kami juga lancar.



 Jangan tunggu kami untuk confirm payment dengan anda KERANA kami tak dapat nak cek satu-satu notification.

- Untuk yang membuat cash deposit, boleh AMBIL GAMBAR/SCAN KEMUDIAN EMAIL KEPADA KAMI bukti pembayaran. Pastikan bukti itu haruslah JELAS, TERPAMPANG NO AKAUN, AMOUNT TRANSFER, MASA DAN JUGA TARIKH PEMBAYARAN.




SELEPAS PENGHANTARAN

A- Pembeli seharusnya mengetahui dan faham bahawa selepas saja peniaga online memberi tracking no, Pos Malaysia dan pihak pembeli yang harus bertanggungjawab jika ada sebarang kehilangan, barang tidak dapat lagi dan sebagainya.

B- Pembeli online harus menerima risiko bahawa item yang dipos berkemungkinan hilang atau rosak disebabkan kecuaian pihak Pos Malaysia.

C- Tetapi anda tidak perlu risau, pihak kami aka menolong anda untuk trace item anda. Kadang-kadang item telah sampai ke tempat pembeli, tetapi pada masa Posmen hantar item, pihak pembeli tiada di alamat yg ditulis. 

D- Kami hanya membantu pihak pembeli untuk ketahuai status barang anda & buat aduan sahaja tindakan selanjutnya anda perlu lakukan sendiri . Tanggungjawab kami adalah membantu anda sahaja.

Perlu juga ingat, kadang-kadang pihak Posmen, tidak akan meletakkan notis bahawa mereka telah sampai ke rumah anda tetapi anda tiada.

Jika item hilang, atau rosak, pembeli ada kuasa untuk meminta ganti rugi daripada POS MALAYSIA dan mereka seharusnya mengembalikan duit anda dengan kadar segera.

Jika barang tidak sampai bukan disebabkan kami tidak bagi tracking no, anda HARUS cek dengan Pos Malaysia dahulu. Jika Pos Malaysia mengatakan no track tiada dalam sistem/pengirim harus contact pos malaysia, barulah anda email kami untuk pengesahan.

Di bawah ialah info Customer Service Pos Laju untuk anda buat semakan jika barang yang dihantar (anda telah dapat tracking no) tidak sampai lagi kepada anda:

For more information, please contact :

Customer Care Department
Level 6 , Pos Malaysia Headquarters
Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur

Operating Hours
: 8.30 am to 9.30 pm, Monday to Saturday
( except 1st Saturday of the month and Public Holiday )
Fax 03-2727 9200
E-mail care@pos.com.my



Pos Malaysia PosLine : 1 300 300 300



Jika kami tidak beri anda tracking no, barulah anda email kami untuk pengesahan penghantaran.
 

No comments:

Post a Comment